Tuesday, 25 October 2011

Mari jawab pantun tambah dan tolak

Pokok kayu ara,
Tumbuh tepi telaga,
Cuba adik kira,
Empat belas tambah tiga.

Anak Pakcik Nawab,
Tangkap rama-rama,
Cuba adik jawab,
Enam belas tolak lima.

Pokok palas pokok kelapa,
Tanam tepi jalan,
Lapan belas tolak berapa,
Jawabnya sembilan.

Lompat si katak lompat,
Lompat atas buluh,
Lapan tambah empat,
Betulkah jadi sepuluh.

Durian atas peti,
Betik atas para,
Suka rasa hati,
Adik pandai kira.

No comments:

Post a Comment